SHAH ALAM, 28 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat membuat persiapan bagi berdepan kemungkinan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 pada pertengahan April depan, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 28 MAC: Ketua pengarah kesihatan menjelaskan bahawa pemakaian topeng penutup muka adalah untuk mereka yang mempunyai gejala atau simptom Covid-19 selain kakitangan kesihatan.
SHAH ALAM, 28 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sejumlah kes positif Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara kebelakangan ini, kata ketua pengarah kesihatan.
PUTRAJAYA, 27 MAC: Bekas pesakit Covid-19 yang sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad boleh dijangkiti semula sekiranya melanggar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
SHAH ALAM, 27 MAC: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memilih Malaysia untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan Remdesivir, iaitu ubat merawat Covid-19.
SHAH ALAM, 26 MAC: Khidmat 3,000 pesara pakar perubatan dan jururawat bakal menguatkan barisan hadapan merawat pesakit Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 26 MAC: Bayi berusia 12 hari disahkan menjadi pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 25 MAC: Empat daerah di negeri ini mencatatkan taburan kes Covid-19 tertinggi sehingga semalam iaitu Petaling dengan 158 kes, Hulu Langat (103), Gombak (50) dan Klang (28), kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan beberapa kakitangan perubatan di Hospital Teluk Intan dijangkiti Covid-19, namun tidak menggugat operasi hospital.
SHAH ALAM, 21 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan dua kematian berpunca daripada jangkitan Covid-19, yang tular di media sosial, kata ketua pengarahnya.
SHAH ALAM, 20 MAC: Seorang lagi rakyat tempatan mati akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan tiga orang setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Orang ramai khususnya pesakit digesa bersikap jujur dalam memberi maklumat dan sejarah hubungan rapat mereka semasa proses saringan dan pengesanan Covid-19.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 13 MAC: Petugas Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus menjalankan saringan Covid-19 di Masjid Sri Petaling, di sini sejak dua hari lepas setelah seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Februari disahkan positif virus itu.
SHAH ALAM, 11 MAC: Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini menjejaki lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu, kata ketua pengarah kesihatan.
PUTRAJAYA, 4 MAC: Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes.
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Tiada kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Malaysia setakat 2.30 petang ini dan jumlah kumulatif kes di Malaysia kekal 29 kes.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor dan petugas perubatan yang lain merupakan satu pengiktirafan terhadap mereka di lapangan yang melaksanakan tugas berisiko tinggi menghadapi penularan jangkitan Covid-19.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Dua wanita warganegara asing masing-masing seorang rakyat China dan Amerika Syarikat yang disahkan positif Covid-19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada wad hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehingga kini, 22 orang.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar di Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran selain China yang sebelum ini telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.